Sunday 28 August 2011

Resepi Kek Oren

Bahan-bahannya:
250 gm butter
180 gm gula halus
5 butir telur
350 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Esen vanilla
Sebiji buah sunkis diambil airnya serta sedikit parutan kulit
Caranya macam biasa: Butter campur gula sampai kembang, masukkan telur satu...satu, masukkan tepung, BP, esen, dan air sunkis...BAKAR.












Saturday 16 April 2011

RESEPI PERAPAN UNTUK BBQ DAN IKAN BAKAR


Ikan Bakar Malim
sumber; Majalah Mingguan Wanita

Bahan-bahannya

Ikan mengikut pilihan masing- boleh guna ikan siakap 



bahan perapan-kisar semuanya
5 helai daun limau purut
3 batang serai
4 inci lengkuas
3 inci halia
3 inci kunyit hidup
10 biji cili kering
sedikit asam jawa dan garam

Bahan Kuah Asam
2 sudu cili kisar
2 biji tomato dicincang halus
semangkuk kecil asam jawa
sedikit gula dan garam
3 ulas bawang merah dipotong
sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk Kuah Kicap
5 biji cili padi
3 sudu cili kisar
4 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis


Cara
1. Bahan perapan digaulkan pada ikan dan bakar ikan hingga masak.
2.Untuk membuat pencicah kuah asam;panaskan minyak
3.Tumis semua bahan sehingga berbau dan garing.
4.Buat langkah sama untuk kuah kicap.
5.Setelah siap hidangkan ikan yang dibakar bersama kuah pencicah yang
  dimasak tadi.
6.Boleh dihidangkan dengan nasi putih,timun serta ulam-ulaman.



Tuesday 12 April 2011

SALING BERPESAN


"Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN".
Al-Asr.

Apakah cabaran sepanjang zaman? Dari zaman Adam a.s sehinggalah hari ini? Cabaran yang dihadapi oleh semua nabi dan rasul. Semua wali Allah s.w.t. Semua yang ingin memilih untuk mencipta sesuatu yang baru sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Cabaran untuk mereka yang ingin HIDUP LUAR BIASA daripada orang lain yang BIASA-BIASA. Cabaran yang dihadapi oleh Samual Morse apabila dia berjaya mencipta telegraph, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Thomas A.Edison apabila beliau berjaya mencipta bulb lampu ketika zamannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Henry Ford ketika beliau menunjukkan kereta ciptaannya kepada dunia , cabaran yang sama yang dihadapi oleh Wilbur dan Orville Wright setelah berjaya mencipta "mesin terbang" (untuk manusia terbang) yang pertama di dunia. Gallileo dengan teori "bumi ini bulat serta bumi ini sebenarnya mengelilingi matahari", P.Ramlee dengan filem-filemnya yang lain daripada yang lain pada zamannya ketika itu dan menerima banyak cemuhan.

Pada ketika itu mereka semua mendapat tentangan, dan cemuhan. Ada yang mengatakan mereka gila. Mereka difitnah, dihina, ada yang dibunuh! Kenapa? Hanya kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu yang out-of-norm dan lebih ke hadapan daripada orang-orang pada zaman mereka!

Hari ini fenomena itu masih berlaku. Orang yang ingin mengubah kehidupan untuk menjadi lebih berjaya dikatakan gila atau tidak siuman. Usaha untuk memajukan network dengan memberikan ilmu, mentor, dan sistem dikutuk dan difitnah dengan pelbagai cara. Sedangkan mereka tidak perasan, betapa anak bangsa kita hidup terpinggir di tanah air sendiri.

Kuasa tindakan sememangnya di tangan kita. Jika kita mahu berjaya, tiada alasan untuk tidak bertindak. Jika kita mahu hidup BIASA-BIASA, kita hanya perlu terus bertindak biasa-biasa sahaja.

Orang yang berjaya ialah orang biasa yang bertindak dan berfikir secara luar biasa.

Setiap langkah merupakan amalan dan ilmu yang akan dipelajari. Mudah-mudahan mendapat keberkatan serta menjadi amalan soleh yang berterusan setelah tiada kelak.

Monday 11 April 2011

Salam Perkenalan

Salam dan selamat sejahtera. Pada pagi yang ceria ini, matahari mula memberikan sinar, membekalkan tenaga dan semangat kepada makhluk yang diciptakan Allah, tidak kira yang kecil, yang besar, yang merangkak ataupun yang telah berlari.